Tuesday, January 27, 2009

bahasa melayu part 3

iman said i should give a try on BM post. it's like something fun and yeah, i try it.
screw it, my bm sucks. haiyaa, just read it. -__-

wahai pembaca yang arif lagi bijaksana,

marcapada ini, aku acap kali mendengar rakan-rakan ku berperasaan dan bersemangat mengepos post-post dalam bahasa kebangsaan negara kita, bahasa melayu. aku tersentak seketika tatkala mengetahui bahawasanya iman, seorang penulis yang mengibaratkan talian tanpa wayarnya seperti anjing betina manakala sheena, seorang yang sememangnya anti kepada anjing betina dan jantan durjana telah mengeluarkan post-post yang amat menyayat hati dan menusuk kalbu serta sanubari sekalian.

dengan rasa tidak malunya, aku memperoleh inspirasi daripada senior-senior ku yang kian di ambang ketuaan ini untuk mengepos satu lagi post yang berunsurkan bahasa melayu. kendatipun aku tidak tahu apakah tajuk sebenar yang ingin aku post pada hari ini, seperti dalam kebingungan nya daku menulis post yang tidak seberapa ber'purpose' ini.

jam menunjukkan tepat 10 malam sementara aku masih lagi dibelenggu kebingungan untuk memberi tajuk kepada post ku ini. fikiran ku bertambah kusut pabila aku mendapati bahawasanya ayahanda serta ibunda ku telah jauh meninggalkan ku dengan membawa diri berhari raya cina di rumah cina. namun, aku sedar bahawasanya adalah penting bagi kita untuk mengeratkan tali silaturrahim bagi menjayakan intergrasi nasional yang selalu diuar-uarkan oleh ahli politik negara kita.

adikku turut mengikutkan dirinya kerana apabila ayahanda dan bondaku mention tentang giant, dia terus menyemangatkan diri untuk pergi bersama kalian. seperti yang aku disediamaklumkan juga, adik ku ingin membeli kerepek sempena menyambut perayaan hari raya cina lewat ini. oleh itu, adalah lebih berguna jika aku meninggalkan diri di dalam rumah sahaja kerana sesungguhnya banyak lagi perkara yang berfaedah yang dapat dilakukan dan dipraktikkan di dalam rumah, contohnya mengon9, memblog, melompat skipping untuk meninggikan diri dan lebih efficient lagi berexercise untuk menurunkan lemak di badan.

kembali kepada topik tentang adindaku. wahai adinda, aku tidak mengerti mengapa engkau menjadi kegilaan akibat giant. aku juga tidak faham mengapa engkau sukak betul pegi itu eastern plaza. bukan nya ada kedai bukak jugak time-time hari raya cina ney. adui, nda la ku taw, sukak betul kao pegi sana. bukannya ada pa2 jugak. tapi tidak mengapa lah wahai adindaku, asalkan engkau belikan jus epal kegemaranku di sana, akan ku maafkan segala salah dan silap mu wahai adinda. biarpun belum lagi sampai bulan ramadhan dan bulan syawal yang menjelang tiba lama lagi.

maka, sekian sahajalah coretan ku pada hari yang wanderful ini. sesungguhnya aku telah memerah dan memecahkan kepala otakku untuk mengarang post ini.


dengan penuh rasa kasih dan sayang jauh di lubuk hati ini,
ditambah dengan otak yang tension akibat subject kimia,
nabila azureen




sekian.


so, how's my bm? i think i should take some BM course or tuition to improve my BM. it sounds a bit sucky. actually, it really sucks. but never mind, i can see iman's point though, at least i've tried :)

so people, try to post in BM, support your mother tongue, it's fun what. LOL.

No comments: